Wednesday, March 30, 2011

Hadirmu hanya sebuah mimpi....by Ieyka..


Aku lelah dikejar bayangan hitam masa lampau..

Langkahku makin longlai..

Dan akhirnya aku berhenti di sebuah lorong yang sunyi..

Mataku terpejam tanpa dipaksa..

Saat itu hanya kelam yang memenuhi segenap ruang di hadapanku,

dan ku lihat ada satu cahaya terang di suatu sudut,

susuk tubuhmu berdiri kaku di situ,


Kau mendekatiku dan kau hulurkan tanganmu..

Tanpa sedar, tangan itu ku sambut,

dan jemari kita berpaut..


Saat kita melewati taman bunga

gubahan kita berdua...

kau petik mawar merah kesukaanku,

dan kau selitkan di rambutku...

kau bisikkan cintamu,

dan aku tertunduk malu...


Bila malam mula menjenguk kita,

kau pimpin tanganku ke puncak kayangan cinta kita.

Kau tunjukkan aku bintang paling terang

yang memancarkan cahaya terindah.

saat mata kita bertaut,

kau kucup dahiku,

dan kau katakan aku lah segalanya untukmu..


Aku dibuai belaian manjamu,

aku melayang dalam angan bersamamu,

hingga aku terlena di pangkuanmu...


Saat ku bukakan mata,

tiada lagi kehangatan tanganmu 

yang menggenggam jemariku erat..

tiada lagi dakapanmu

yang melingkari tubuhku..

tiada lagi tawamu

yang menghapus segala kedukaanku...

dan tiada lagi saat-saat indah yang kita ukirkan bersama..


Kini ku sedar,

hadirmu hanya satu mimpi..

yang datang untuk menghapus sepiku..

dan bila tiba saatnya, aku harus bangun dari mimpi indah itu...


Lalu aku berdiri....

Ku susun langkah satu per satu,

walau langkahku kian lemah,

namun ku gagahi jua demi sebuah pengharapan......


Friday, March 11, 2011

aku takut utuk mendekatimu,
kerana 1 hari aku akan menjauhimu...
aku takut untuk mempercayaimu,
kerana 1 hari aku akan mencurigaimu....
aku takut untuk mencintaimu,
kerana 1 hari aku akan membencimu...
aku takut untuk bersamamu,
kerana 1 hari aku akan berpisah denganmu...

aku bimbang bila kau datang padaku,
kerana 1 saat kau akan pergi...
aku bimbang bila kau sayang,
kerana 1 saat perasaan itu akan hilang...
aku bimbang bila kau berjanji untuk setia,
kerana 1 saat kau pasi akan curang...
aku bimbang bila kau tenang bersamaku,
kerana 1 saat kau akan jemu...

dan aku takut untuk mengingatimu,
kerana aku bimbang tidak dapat melupakanmu....

Saat Kau Pergi....by Ieyka....

Saat kau pergi
bibirku terkunci......
tiada lagi senyuman terukir..
Mungkinkah aku bukan yang terbaik?
Sedangkan telah ku curahkan selautan kasih...

Saat kau pergi
langkahku terhenti.......
di hadapanku jalan tiada penghujung..
Haruskah aku terus menanti?
Sedangkan bayangmu sukar untuk ku kejar...

Saat kau pergi
degup jantungku seakan terhenti...
hari-hari yang mendatang bagiku tiada erti..
Adakah aku bisa untuk melupakan?
Sedangkan kunci hatiku masih digenggamanmu....